Darul Quran

product 1

Sebuah Institusi pengajian Al-Quran pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan bertaraf Sijil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

PERKEMAT DQ

product 1

Badan NGO yang membantu menguruskan kebajikan Siswa Siswi Darul Quran

Artikel Siswa Siswi Darul Quran

product 1

Memaparkan Koleksi Artikel Siswa Siswi Darul Quran

Oleh : Kanta Pembesar ( http://www.facebook.com/profile.php?id=100002185006370 )
Program : Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Syariah 2009/12


Setiap penulisan didahului dengan niat. Sebagai mewakili apa yang ingin disampaikan & dicapai oleh si penulis, niat menentukan bentuk penulisan. Gaya bahasa contohnya.

Lantas, apabila diminta utk membuat satu artikel, kpd sahabat itu sy katakan " TENGOKLAH DULU KALAU ILHAM DATANG". Sbbnya sy bukanlah seorg y suka membuat tugasan menulis. Sy meniatkn penulisan sy di blog lbh kpd hobi. Tulisan-tulisan sy di blog, sy tulis bukn sbgai satu tugasan, ttp sbgai satu kesukaan & kepuasan. Saya menikmati penulisan sebagai nikmat intlektual. Ya. Saya ghairah menulis. Saya gemarkn. Klu blh sy sebut sbgai "free writing" (Penulisan Bebas). Free mengambarkn kebebasan, bebas dari sbrng gesaan, suruhan, tugasan, tanggungjwb & seumpamanya. Pndk kata, apabila diminta utk menulis, itu bmkna gesaan utk melakukan penulisan maka blawanlh dgn prinsip pnulisan sy. Oleh krana sy blm pnh diminta utk menulisan artikel sepanjang hidup sy, jd wajar bg sy utk merenung hal ini walaupn sejenak.

Islam di dtngkn kpd alam sbgai rahmat (Rahmatan Lil 'Alamin) yakni atas tujuan memakmurkn alam. Ini mksd agama Islam. Islam merupakan anugerah tak terperi kpd umat manusia sama ada kafir @ muslim. Islam membahagikan kehidupn stiap manusia dan memurnikan phubungn antara manusia dgn manusia srta phubungn antara manusia & slainnya. Agaknya inilah y drenungkn Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi apbila menjudulkn bukunya sbagai "Kerugian Dunia Disbbkn Kemunduran Umat Islam". Judul y brmakna dlm & tpt sbagai prinsip agama.

Maka sbgai seorg mnsia n muslim,sy tahu bhwa sy dgalas,bhkan dmuliakn,dgn tggjwb hmba n khilafh,sy brhbgn dgn tuhan-tuan sy yg mutlak.sbg s'org khalifah,sy brhbgn dgn alam.a5am d'sini sy mksdkn sbg yg slain tuhan sprti manusia,planet,bukit-bukau ,lapisan langit,haiwan,jin,iblis,dan lain2.

Dgn itu,sy yakin bhw mnls bkn lg kerja suka-suka,sprti ditggapi sklmpok manusia.Menulis bkn skdr hobi,minat,dan knytaan kepuasan semata,yg hanya dlakukn ketika tiba musim suka,Menulis adlh kerja suka-duka yg hanya dmengerti oleh fulan yg sedar btapa muslimnya dia & tahu bhwa manusia itu brwajah 2 skaligus-hamba dan khalifah.Hidup ini satu tggjwb,bkn 'free'.seorg manusia trikat dgn thn justeru dy dcpta.Manusia tdk wjd sndri.Pnlsn,pabila dltakn sbg tggjwb,bkn kesukaan,bermkna di situ brhmpun suka & duka sbuah pjuangan. Pjuangan sorg muslim memakmurkn alam. Sy pcye nikmatnya pjuangan ini jauh mengatasi kenikmatan "menulis suka-suka & mengatasi juga perit kedukaan sbuah pjuangan, atas sbb, rahmat Tuhan adlh pling smpurna.

Saat begini mengingatkn sy pd Faisal Tehrani. Beliau sy iktirafkn sbgai ikon 'PENULIS BERAGAMA' y pling kompeten di M'sia. Beliau mampu bersaing dgn penulis2 handalan lain y tak terzahir bersifat 'PENULIS BERAGAMA' sprt beliau. Faisal sdr tnggungjwbnya dlm penulis sprt y sy sbutkn di prenggan2 atas. Prinsip penulisan beliau jelas menayangkn kesedaran keagamaan ini y d ceritakn dlm karya beliau "KARYA NAN INDAH", sebuah buku panduan penulisan menurut Faisal Tehrani. Manakala dlm kalangan sasterawan bpngalaman, kiti miliki Shahnon Ahmad y bbicara soal alam ghaib & roh dlm novel2nya. Semangat keislamannya blh kita akui. Contohnya novel bertajuk 'Paparuhi'. Cerita perbandingan roh mukmin, kafir & munafik sbaik meninggalkn alam dunia.

Sy ucapkn trima kasih pd shbt sy y memnta sy mnghsilkn satu artikel utk di muatkn dlm blog ini. Maka inilah artikelnya y sekarang ini sudah pn mnjadi sebuah renungan hidup bkenaan penulisan yang amat menginsafkn utk sy. Moga bermanfaat juga utk semua.
Oleh : im88 ( http://www.facebook.com/ustazalhafiz )
Program : Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat 2009/12


Dibawah ini disenaraikan beberapa jenis kartun yang mana jika kita nilainya secara mendalam ianya benar-benar menghina islam :












Sama-sama kita renung-renungkan. Adakah kita perlu mendiamkan diri???

Mungkin selepas ini akan tersebar lebih banyak lagi kartun-kartun seperti ini yang akan mencemarkan imej islam itu sendiri.

Program : Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Dakwah 2009/12

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Tuan Punya Dunia saya mulakan tulisan kali ini. Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w.

Terdetik di benak minda ini, untuk mencoretkan sedikit rasa kata hati dan fikiran tentang sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian sebagai Muslim dan Mukmin, abna’ul harakah. Sesuatu yang mungkin juga tampak remeh dan kecil serta rumit untuk diperbincangkan, namun mungkin inilah yang menjadi punca utama pemasalahan umat Islam sejagat, yang membelenggu, terutamanya sejak zaman kejatuhan Khilafah Islamiyah, Turki Uthamniah pada tahun 1924.

Saban hari, kita sering dikejutkan dengan berita-berita menggemparkan tentang masalah sosial yang berlaku di negara kita sendiri, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda ’Islam’ zaman pasca-moden ini dan banyak lagi berita yang tak pernah terlintas dalam fikiran seorang manusia yang waras, untuk berlaku di  negara yang ’so-called’ negara Islam ini.
Kadang-kadang, saya terfikir, dan sering berbincang bersama teman sekuliah di kampus, mengapakah semua ini berlaku majoritinya pada umat Islam, dalam sebuah negara yang digelar negara Islam yang salah seorang Perdana Menterinya pernah menjadi Pengerusi OIC, Pertubuhan Negara-Negara Islam? Pastinya ada satu jawapan yang dapat merungkai segala permasalahan dan persoalan yang bermain di benak ini. Tambahan lagi, ini juga berlaku di negara-negara Islam yang lain.

Mahu tidak mahu, sejauh manapun kita mengkaji punca pemasalahan yang berlaku, kita tidak dapat lari daripada mendapati bahawa punca utamanya adalah kerana ummah sudah tidak lagi berpegang teguh kepada Al-quran dan Sunnah baginda s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadith, maksudnya: ”Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. Itulah Kitabullah dan Sunnahku”. Agak berat dan pahit untuk saya menulis perkara ini, kerana khuatir diri ini masih tidak sempurna untuk memperkatakan soal yang besar ini, dan bimbang termasuk dalam kalangan yang mereka disebut, (na’uzubillah), namun yang benar tetap benar, dan perkara yang benar perlu diungkap, walaupun sukar kerana pada yang benar itu adanya sinar, dan yang benar itu tidak boleh diganti tukar sekalipun disangkal oleh yang makar, dan hakikat itu perlu dijelaskan. Bertepatan dengan kebimbangan yang pernah diungkap oleh As-syahid Imam Hassan Al-Bannna, tentang masalah umat yang sedang sakit ini. Pada zaman beliau pun sudah banyak kefasikan, kemunafikan dan pemesongan yang berlaku dalam masyarakat Islam Mesir pada ketika itu.

Masyarakat Islam sudah tidak lagi berminat dengan sistem yang telah ditetapkan oleh Islam, dan lebih berminat kepada sistem baru yang dibawa Barat ke dalam dunia Islam, yang dilihat kononnya lebih segar dan moden sifatnya. Imam Hassan Al-Banna hidup di zaman selepas kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir, dan antara matlamat beliau dalam gerakan Ikhwanul Muslimin adalah untuk menegakkan kembali khilafah yang telah dijatuhkan sendiri oleh tangan seorang yang bergelar ’Islam’. Ini  kerana, bagi beliau dan seluruh ahli jamaah, dan sememangnya suatu hakikat, ketiadaan khalifah untuk memimpin umat inilah yang menjadi faktor hanyutnya umat Islam dalam ’syurga dunia’ ciptaan serangan pemikiran musuh Islam.
Dalam kekalutan kita memikirkan  jalan keluar kepada masalah umat muta’akkhirin ini, masih ada satu lagi penghalang kepada penyelesaian ini yang sampai kini, kuat membelenggu pemikiran umat Islam seluruh dunia. Isu perpecahan dalam kalangan umat Islam telah lama diperdebatkan, dibincang, dijadikan tajuk diskusi, forum, dan sebagainya, namun penyelesaiannya yang mutlak masih tidak jelas lagi ibarat ’seperti menunggu ayam jantan bertelur’, ’bagai menunggu kucing bertanduk’. Terlalu banyak teori yang hanya bersifat teori dikeluarkan, namun masih tidak nampak keberkesanannya. Bukanlah saya ingin menangguk di air keruh, tapi hal ini, pada hemat saya perlu diperhalusi dan difahami oleh kita semua selaku pemegang simpulan aqidah yang satu. Isu yang ingin saya bincang di sini agak berat dan sering disifatkan sesuatu yang sensitif, justeru perlu difahami mengapa saya membuka perkara ini untuk dibincang. Ingin saya kongsikan sedikit hasil yang saya dapat daripada ’kajian kecil’ yang saya buat melalui pembacaan, diskusi bersama beberapa sahabat di kampus, pensyarah, ustaz-ustaz yang saya temui berkenaan perpecahan dalam kalangan umat Islam ini.

Dalam diskusi saya bersama seorang sahabat baru-baru ini semasa di kampus, kami banyak berbincang tentang punca kenapa umat Islam, sejak dahulu lagi berpecah dan sering berbeza pendapat. Pada asasnya, perbezaan pendapat dapat dilihat sebagai suatu yang positif, apabila ia boleh menjadi salah satu wadah untuk berlakunya percambahan ilmu dan pemikiran. Lihat saja hasil percambahan ilmu yang berlaku dalam kalangan ulama’-ulama’ silam, ketika zaman emas pemerintahan Islam. Lahirnya ramai cendikiawan Islam dalam pelbagai bidang mencakupi agama, politik, ekonomi, perubatan, matematik, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan banyak lagi cabang ilmu. Ini berlaku kerana keberanian umat Islam pada ketika itu meneroka bidang ilmu yang menjadi kunci serta asas kepada kemajuan tamadun Islam. Contohnya, pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di zaman kerajaan Bani Abbasiah(750-950M), umat Islam mengalami puncak kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, kebudayaan dan ekonomi bagi keperluan sosial seperti mendirikan hospital dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, beliau mendirikan Baitul Hikmah sebagai pusat pendidikan,perpustakaan, penyelidikan dan penterjemahan. Walaubagaimanapun, percambahan ilmu yang terhasil daripada perbezaan pendapat pada ketika itu langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepada umat Islam terutamanya dalam kalangan ulama’. Malah, mereka beselisih pendapat dalam keadaan yang masih menjaga ukhuwah Islamiyah yang terjalin hasil kesatuan aqidah yang dipegang.
Namun, apa yang berlaku sekarang, jauh bezanya dengan zaman kegemilangan Islam dahulu.  Umat Islam sering bercakaran sesama sendiri mengenai perkara yang remeh yang sengaja diprovokasi untuk menjadi besar. Inilah yang sebenarnya mendorong kepada masalah kesatuan ummah. Narrow and close mind-setting berkenaan sesuatu isu, hasil daripada ghazwatul fikr (serangan pemikiran) yang dilancarkan, menyebabkan masyarakat Islam lebih memikirkan kelebihan sekiranya dapat’menang’ dalam sesuatu isu yang diperdebatkan. Ini menutup ruang toleransi terhadap isu tersebut.

Sedar atau tidak, kita perlu membuka mata dan menyedari bahawa mungkin kita telah termasuk ke dalam perangkap musuh Islam yang sentiasa seronok melihat umat Islam bebalah sesama sendiri. Dek kerana sibuk bercakaran atas nama politik, dan kerana kepentingan politik serta ekonomi, umat Islam dunia Arab terutamanya pemimpinnya meninggalkan rakyat Palestin yang saban hari ditindas Rejim Yahudi Zionis.

Melalui satu buku yang telah saya baca, bertajuk Gerakan Freemasonry; Musuh Dalam Menghancurkan Islam, tulisan Hj. Nik Azran Mohamed dan rakan penulis Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa, saya telah mendapati beberapa fakta penting untuk kita sama-sama renung yang boleh dikatakan menjadi punca kepada ’parut kekal’ terhadap umat Islam semenjak kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah. Kejatuhan Kilafah Turki Uthmaniah secara zahirnya, dapat kita kaitkan dengan peranan yang dibawa oleh Mustafa Kamal Atartuk, yang menurut catatan sejarah Barat, beliaulah yang membawa kemodenan kepada turki sehinggakan beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki, tetapi tidak bagi umat Islam. Namun, disebalik peranan tersebut, mungkin ada satu perkara yang kita terlepas pandang bahawa kejatuhan khilafah  tersebut sebenarnya bermula dengan serangan pemikiran secara halus oleh anasir luar, yang meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam Turki pada ketika itu, dengan tanpa mereka sedari. Ada disebut dalam lipatan sejarah yang mungkin ramai yang tidak sedar akannya, bahawa pernah ada satu ketika,ketika semasa pemerintahan kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyah, ada seorang ahli Freemasonary yang asalnya bukan Islam (saya lupa namanya), telah pun, samada memeluk Islam, ataupun menyamar sebagai seorang Islam, telah mendalami ilmu-ilmu fundamental dalam Islam, termasuklah perkara-perkara furu’ yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama’-ulama’ Islam, dan beliau merupakan seorang yang dianggap tokoh intelektual Muslim yang sentiasa menjadi rujukan ramai orang. Lalu, beliau menggunakan isu-isu yang menjadi ’intersection point’ dalam kalangan umat Islam ini, untuk memecah belahkan umat Islam dari dalam, melalui penyemaian pemikiran kepada umat Islam bahawa perlulah ditentang mereka yang berbeza pendapat antara satu sama lain. Lalu, pemikiran yang disemai ini telah tersebar ke seluruh pelusuk masyarakat Islam pada ketika itu, menyebabkan lahirnya banyak aliran(tarikat) pemikiran yang berbeza-beza, sehingga tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat berasaskan bangsa(nasionalisme), dan perbezaan ini, kontranya ia dengan perselisihan ulama’ pada suatu ketika dahulu, ialah mereka saling bercakaran terhadap perkara yang mereka perselisihkan, seperti yang telah saya sebut di awal artikel ini.

Selain itu, jika kita lihat kepada sejarah hidup Mustafa Kamal Attartuk sendiri pun, beliau berasal dan dilahirkan di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi Daunamah, secara ringkasnya, berasal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik, dengan tujuan membalas dendam atas kekala mereka dan keengganan Khalifah memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin. Mereka menyembunyikan aqidah mereka dengan memakai nama-nama Islam. Ringkasnya, Attartuk, pada awalnya mendapat pendidikan rendah di sebuah sekolah Islam yang terkenal, iaitu Sekolah Fatimah, tetapi telah dikeluarkan oleh bapanya yang sangat membenci syeikh-syeikh agama, dan telah berpindah ke sekolah yang menekankan pendidikan bercorak barat. Bertitik tolak dari sinilah, pemikiran Barat beliau dibentuk sehingga boleh menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah, dengan asasnya, menyemai perpecahan umat dengan slogan nasionalisme, kapitalisme dan banyak lagi isme-isme yang lain. Tuntasnya, saya kira, sekiranya ingin dibincangkan faktor kejatuhan khilafah ini,boleh dijadikan satu tajuk tesis yang lain. Namun, poin utama yang ingin saya ketengahkan di sini adalah, kita seolah-olah telah termasuk ke perangkap musuh Islam yang keras perut kerana ketawakan umat Islam yang saban hari bergaduh, dek kerana ummah semakin meninggalkan Al-quran dan As-sunnah..wallahua’lam.